Assalamualaikum pembaca sekalian...apa khabar anda hari ini....diam tak diam dah 15 Ramadan kita berpuasa....semoga ibadah puasa kita diterima Allah....mesti ader yang dah mula membuat persiapan untuk hari rayakan....kuih raya...kelengkapan rumah...ada yang perabot baru lagi hehehe
Macamana dengan persiapan baju raya....ada baju yang berkenan dihati tetapi tidak sesuai disebabkan saiz badan anda...?? Jangan sedih......saya sedia membantu anda untuk mendapatkan baju yang anda idamkan supaya boleh digayakan dihari raya nanti...
Di Shaklee....kami ader menyediakan set diet budget untuk anda dapatkan bagi membantu penurunan berat badan :-
Alfalfa - merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi
Pucuk alfalfa tidak mengandungi gula yang ketara, lemak, lemak tepu atau kolesterol. Ini adalah sebab mengapa ianya kaya dengan serat dan protein di mana ianya boleh membantu untuk memanjangkan rasa kenyang selepas makan. Sebatian dalam alfalfa boleh membantu untuk mengurangkan kedua-dua jumlah kolesterol dan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) tanpa menjejaskan kepadatan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). Di samping mengurangkan jumlah kolesterol dan LDL, pucuk alfalfa boleh membantu untuk mencegah dan merawat aterosklerosis, atau plak kolesterol dalam arteri jantung.
Lecithin - merupakan sumber utama kolina. Kolina adalah satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Lecithin adalah pengemulsi lemak, yang dapat membantu badan untuk memproses dan memetabolismekan lemak dengan lebih berkesan. Ia juga membantu melindungi hati dengan menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Lecithin adalah lipid terdiri daripada choline, inositol, fosforus dan asid linoleik. Ia dipercayai dapat membantu melindungi daripada penyakit kardiovaskular, menggalakkan fungsi otak danmelindungi hati dan buah pinggang. Malah ada juga yang berpendapat bahawa ia membantu dalam penurunan berat badan.
Herb–lax - sebagai julap lembut untuk penggunaan sekali sekala. Herb-lax mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detoksifikasi. Juga membantu untuk mengempiskan perut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan